tentang DIRI

Kata-kata semangat saya
Kadang kita perlu sejenak menoleh ke belakang, agar waspada dan tidak mengulang kesalahan yang dapat menghambat sukses kita di depan!

BLog For STID1103 Pace UUM Melaka


Serba sedikit mengenai diri saya

Nama diberi Muhamad Marwan Bin Md. Daud
Pace UUM Melaka

Assalamualaikum W.B.T..................



Nama sebenar Muhamad Marwan Bin Md.Daud dan kebiasaan keluarga dan sahabat memanggil dengan nama "Marwan". Saya dilahirkan di kedah . Sekarang bekerja sebagai anggota polis di IPD segamat, johor.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Rambai kemudian sambung ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah Pendang dan melanjutkan ke peringkat diploma dalam jurusan Pengurusan Awam di Politeknik Ungku Omar, Ipoh Perak.

Selepas tamat pengajian di politeknik, saya memohon jawatan di dalam PDRM dan alhamdulillah diterima masuk dan menjalani latihan selama 9 bulan di Pusat Latihan  Polis di Segamat.
Selepas tamat latihan kini bertugas di IPD cawangan segamat dan kini sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di UUM PACE Melaka dalam bidang Pengurusan Awam (PJJ) yang bertempat di Rumah Media Melaka.

Sekian sahaja coretan mengenai diri saya……

Semoga saya terus tabah menghadapi rintangan dan terus berusaha untuk mendapatkan segulung ijazah saya dengan jayanya……Insyaallah.






Comments